Sunday, December 27, 2009

Terdengar satu kisah di radio

Pagi tadi aku terdengar satu kisah, melalui seorang pemanggil ke satu stesen radio. Seorang perempuan. Aku tidak terlepas akan apa tajuk panggilan tetapi mungkin apa dibicarakan berkaitan pemanduan berhemah. Apa diceritakan olehnya amat mengharukan bagi aku. Sedih dan simpati aku pada dia.

Kisahnya, dia telah lumpuh dari pinggang ke bawah dan salah satu drp kakinya telah tiada. Akibatnya, mendapat kemalangan dengan sebuah lori di mana lori tersebut telah melanggar lampu merah di simpang lampu trafik lalu melanggar dia. Pada hari kejadian, perempuan ini keluar untuk membeli belah membuat persiapan perkahwinan.

Yang bertambah sedih, "Selama berbulan saya dalam keadaan tenat tetapi sehingga sekarang tunang saya tidak pernah pun menjenguk saya..."...nadanya mulai sedikit tangis namun bagi aku dia masih gagah meluah berbanding keadaan yang dialaminya sekarang iaitu OKU sepanjang hayat!!!

Katanya lagi, dia berpesan supaya para pemandu berhemah di jalanraya kerana tindakan sekecil mana akan merubah kehidupan seseorang kemungkinan selama-lamanya. Dia pun tidak akan melupakan kejadian yang menimpanya ini selama hayat. InsyaAllah, aku doakan perempuan ini ditabahkan hati dan dikuatkan iman olehNya. Ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku...

Aku juga ada terlintas...Sewaktu kita dlm kesusahan lah kita akan tahu siapakah teman atau sahabat sebenar kita..kerana di kala kita dirundum kesusahanlah ramai yang seolah 'melarikan diri' drp kita. Bahkan, ada yang mengata di belakang...Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment