Tuesday, December 1, 2009

Kehujanan


"Alahai, kesian nya kat penarik beca tu...dlm hujan lebat begini, ke mana hendak pergi ye..? Getus hati aku.

Manakan tidak, sedang aku drive kereta ke opis, ternampak aku pakcik tua mengayuh beca. Demi mencari rezeki halal, hujan ditimpa tidak mematahkan semangat pakcik tu.
Sayu aku melihat. Teringat aku pada filem Penarek Becha...

Filem Penarek Becha (Penarik Beca) adalah filem terbitan Studio Jalan Ampas pada (1955) yang mengisahkan seorang penarik beca, Amran dan seorang anak gadis Orang Kaya Marzuki (Udo Omar) iaitu Azizah (Saadiah) yang jatuh cinta, tetapi percintaan mereka mendapat tentangan oleh bapa Azizah dan Ghazali (Salleh Kamil). Ghazali kemudiannya melakukan apa sahaja untuk memutuskan percintaan pasangan tersebut. Namun, sebaliknya Ghazali mempunyai hasrat buruk untuk merampas harta keluarga Marzuki dengan menggunakan dirinya mendampingi Azizah. Kisah percintaan pasangan muda ini berterusan mendapat halangan dan rintangan untuk mereka bersatu memandangkan darjat mereka jauh berbeza. Hinggalah akhirnya Marzuki mengetahui siapa sebenarnya Ghazali setelah Ghazali melakukan kesilapan mencederakan ibu Amran semasa beliau bergelut dengan Amran. - Wikipedia

No comments:

Post a Comment