Wednesday, December 9, 2009

Hatiku Kau Luka

Mengapa tak kau katakan dulu
Dirimu sudah berteman
Mengapa kau sanggup mempermainkan
Diriku yang setia

Kalau ku tahu kejamnya dikau
Tak mungkin aku tergoda
Kini apa yang telah terjadi
Kau musnahkan segalanya

Hatiku kau luka
Musnahlah segala harapan
Kini kau pergi tiada kata
Tinggal aku keseorangan

Semoga engkau akan berbahagia
Di samping orang yang kau puja
Biar aku menanggung derita
Selamat tinggal oh kasih

~ Hati Ku Kau Luka - Alleycats


Benar, andai aku tahu DIA menaruh harapan pada insan lain, aku akan menjauhkan diri aku sejauhnya walaupun DIA mendekati aku. Aku bukanlah jenis insan yang mengganggu kebahagian insan lain...dan aku tidak pernah berbuat demikian. Maafkan aku kiranya
aku menyambut pelawaan DIA utk membina ikatan suci yang akhirnya terlerai kini, kerana pasti tiada erti perpisahan jika aku menghilangkan diri dari DIA. Semuanya aku terima kerana aku ..TIDAK TAHU....dan DIA tidak pernah memberitahu...

Aku harapkan DIA akan ketemu kebahagiaan yang diidam di samping insan yang telah memiliki hatinya dan yang sanggup ditunggu oleh DIA sekian lama...

Maafkan AKU...

No comments:

Post a Comment