Monday, December 7, 2009

Jangan menghukum sedangkan kita tidak tahu...

Hujan dh berlalu...kalau tidak, perg kerja dlm hujan, balik kerja pun dlm hujan.
Bukan aku mengeluh cuma macam tu la kan keadaannya dlm minggu lepas. Aku taknak pulak seperti seorang yang mempersoalkan kejadian alam yg telah ditetapkan aturan olehNYA.
Walaupun ada sesuatu yang tidak kita senangi atau ditimpa susah, aku amat percaya, ada hikmah disebaliknya. Sekurang-kurangnya setiap kejadian itu seharusnya membuat kita supaya mendalami diri kita sendiri sebelum kita mendalami diri orang lain.
Maksud aku bab orang lain ni, janganlah kita menghukum atau melabel ikut pandangan atau sesuka hati saja...Mungkin kita terasa dgn sikap orang lain sedangkan kita tidak mengetahui masalah dia..atau kita yg mmg salah faham...aku juga menasihati diri aku supaya tidak mudah mentafsir seseorang itu dengan sesenang aku mahu..aku perlu memahami mereka...Hari ini hari diorang..esok lusa hari aku pula...

Namun, aku akui...mmg lancar mulut berkata...mmg ringan hati mengeluarkan perasaan..hakikat pada aku...sinar aku yang malap kini, tidak mudah utk aku lupakan...luka akan meninggalkan parut...dan kerana itu juga, yang berlalu pergi tetap meninggalkan kenangan...

No comments:

Post a Comment