Monday, December 28, 2009

Kisah Isteri Mithali

"Aduh...sakitnyer...isk...aduuh...Bang sakitnye tak tahan saya", keluh Ina pada suaminya Zakri. 

"Apelah awak nie...lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu", rungut Zakri pd Ina. 
Ina hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Ina dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Ina bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Ina dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Ina hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. 
Doktor Johari menyuruh Ina meneran. "Come on Ina u can do it...once more...". Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Ina bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy", kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Ina terasa sakit lagi dan Ina meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Ina u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia", kata Doktor Johari memuji Ina. 
"Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Ina namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.
Ina berasa lega...tapi Ina masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Ina selalu kecil hati. Tapi Ina tahankan sahaja. Ina tahu kalau Ina mengadu pada emak, Ina akan dimarahi semula. Jadi Ina hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Ina berehat kemudian dapatlah Ina menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Ina. 
Ina termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Ina mengandungkan kandungannya. Zakri selalu memarahi Ina, ada sahaja yang tidak kena. Kata Ina yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Ina. Tak sanggup Ina hadapi semua itu tapi demi kandungannya. Ina kuatkan semangat dan pendirian Ina. 
Ingat lagi waktu Ina mula mengandung Zakri tak percaya Ina mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Ina mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Ina. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Ina dah 2 bulan...Ina cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Ina tak tau nak cakap apa. Ina balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Ina gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Ina bangga Ina dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Ina dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Ina. 
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Ina sahaja. Nape Bang?", soal Ina pada Zakri. 
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak", Zakri menempelak Ina. 
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu", sergah Zakri lagi. 
"Abg syak Ina ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan- bukan, Inakan isteri Abang yang sah takkan Ina nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?", terang Ina pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH", Ina senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Ina dengan kasar sehingga Ina hampir tersungkur. 
Ina menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Ina semakin laju. Ina hanya mampu menangis. Terasa dada Ina sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. 
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Ina, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu", marah Zakri. 
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni", kutuk Zakri lagi pada Ina.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri", kata Ina pada Zakri. 
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia", ucap Ina sambil menangis. 
Semenjak kejadian itu Ina terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Ina berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Ina menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Ina terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Ina buat overtime di pejabat. Ina terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Ina gagahkan juga. 
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Ina di tempat kerja terpaksalah Ina menaiki bas. Begitulah Ina sehinggalah Ina hampir pada waktu bersalin Ina. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Ina, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. 
Pernah suatu hari Ina naik marah kerana Zakri jemput Ina lambat sampai sakit pinggang Ina menunggunya. Ina menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Ina macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Ina. Ina tambah sedih mengenangkan diri Ina, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Ina balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Ina sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Ina...dalam keadaan yang begitu Ina masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. 
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Ina dan menghantukkan kepala Ina ke dinding...Ina hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Ina anak pergi ke rumah Mak Usu Ina yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Ina dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Ina mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya.
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan", kata Ina pada Zakri.
Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti", desak Ina lagi. 
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Ina. 
"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati akulah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker", marah Zakri. 
"Itu Ina tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Ina cuma nak ingatkan Abang saja", Ina memberitahu Zakri. 
Zakri datang pada Ina dan direntapnya rambut Ina dan dihantukkannya kepala Ina ke dinding. Ina tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Ina dan mula membengkak. Pening kepala Ina dibuatnya.
"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH", doa Ina dalam hatinya. 
Ina memencilkan diri Ina di sudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Ina rasa kepala Ina macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2...
"Bang, Ina minta maaf jika Ina membuat Abang marah", Ina memohon maaf pada Zakri sambil teresak- esak. 
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. 
"Sapa plak nie sebok je....", Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. 
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?" sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha", gelak Zakri dan kawan-kawan lain. 
Azlan cuma berdiam diri. 
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia", cetus hati Azlan. 
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit", Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Ina dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi", jawab Zakri selamba. 
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti", kata Azlan lagi. 
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. 
"Hello Zakri speaking", jawab Zakri. 
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Ina, datang segera ke hospital ye Zakri, Ina tidak sedarkan diri...",panggilan kecemasan dari Doktor Johari. 
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. 
Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Ina tak sedar diri ...", ajak Zakri pada Lan. 
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat", tanya Lan pada Zakri. 
"Alah jom ler cepat", desak Zakri. 
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Ina, Ina mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Ina jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?" tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. 
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Ina dan menghantukkan kepala Ina kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Ina ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Ina sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Ina....baginya Ina mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam....
"YA ALLAH apa aku dah buat", rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Ina kerana Ina mengadu sakit kepala sewaktu Ina memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Ina ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah di tahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Ina tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Ina telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Ina, Ina minta kau membaca diarinya. 
I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya", kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. 
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Ina, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Ina dan peristiwa yang berlaku pada Ina pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Ina semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Ina...
"YA ALLAH kenapa aku buat Ina begini", terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Ina. 
Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya... 
Untuk suami Ina yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA". 
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ina sewaktu mula mengenali Abang. Lama Ina simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Ina dengan Abang. Ina benar- benar menyayangi Abang. Ina menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Ina. Abang tak pernah tahu kan...Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ina...Terlebih dahulu Ina ingin sangat dengar Abang panggil Ina AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Ina AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Ina cam tu...walaupun Ina dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ina lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Ina? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Ina pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Ina hadiahkan Abang...Danial dan Dania. Untuk Ina tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Ina inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Ina. Ina akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ina. Ina pergi untuk menemui-NYA. Ia harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ina dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Ina tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Ina ingin mengatakan bahawa Ina tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Ina. Jiwa dan raga Ina hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Ina walaupun Ina ni cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Ina dari kecil hinggalah Ina bertemu dengan Abang dan berkahwin. Ina harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Ina tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ina yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Ina...tapi Ina bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Ina harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ina ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Ina tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Ina. Berjanji pada Ina dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Ina dan halalkan segala makan minum Ina selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Ina supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Ina dah buat nama emak untuk KWSP Ina. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada In nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ina yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Ina...Ibunya...sejuk perut Ina mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Ina untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Ina sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Ina Untuk Abang dan semua. Doakan Ina.
Ikhlas dari Nur Ina 
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania", pujuk Azlan.
Zakri hanya tunduk membisu. "YA ALLAH, Ina maafkan Abg Ina." Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara Zakri dan Ina jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis 
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT INA DAN SEKELUARGA. INA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI INA DAN KELUARGA INA HINGGA KE AKHIR HAYAT INA. 
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Ina seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ina, Ina, Ina maafkan Abang Ina. 
Sewaktu jenazah Ina tiba di rumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Ina yang begitu sedih atas pemergian Ina. Namun emak Ina begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Ina, Zakri lihat muka Ina tenang bersih dan Zakri kucup dahi Ina buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Ina mengikuti wajah Zakri. 
"Ina Abang minta ampun dan maaf", bisik Zakri perlahan pada telinga Ina sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. 
Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Ina. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. 
Jenazah Ina dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Ina, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Ina yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Ina selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Ina yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...
"YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Ina....ampunkan aku YA ALLAH" ...akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Ina .
Bermimpikan oleh Zakri, Ina datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Ina tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Ina Putih bersih. Ina, Ina, Ina nak kemana Ina, Ina, Inaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. 
"YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. 
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. 
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah"... 
Emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Ina...

No comments:

Post a Comment