Tuesday, December 1, 2009

Kenali Lelaki Egois

Cinta itu ada kalanya mampu membuatkan kita jadi buta tentang orang yang di sayangi.Di awalnya segala-gala tampak begitu indah.Namun lama kelamaan barulah kamu sedar bahawa si dia sebenarnya tidak sesuai buatmu.
Apatah lagi sidia tergolong dalam lingkungan lelaki-lelaki egois.Bukan sahaja boleh membuatkan hidupmu merana malah teman-teman juga akan menjauhkan diri.Oleh itu,elakkan dirimu dari terjerat dengan lelaki egois dan berikut adalah cirri-cirinya untuk dikenal pasti……..

1) Senang Diajak Berbicara
Sifatnya yang serba boleh serta punya pelbagai minat membuatkan kamu begitu serasi bila berbual dengannya.Keluarkan apa topik
sekalipun si dia pasti tahu untuk mengembangkannya agar jadi lebih menarik.

Perlu kamu tahu: Satu hal biasa apabila kamu mengakui gemar
dengan aktiviti lasak seperti memanjat
gunung dan sebagainya si dia juga akan tiba-tiba
turut punya minat yang sama.Jangan terlalu cepat
menganggap itu satu ‘chemistry’.Minta si dia
buktikan terlebih dahulu kepakarannya.


2) Membanggakan Diri
Dialah yang paling disayangi di pejabatnya,bijak,tampan dan perkataan yang paling sering akan kamu dengar ialah di mana-mana sahaja dia pergi pasti akan jadi perhatian ramai.Orang-orang yang egois sememangnya punya sifat suka membangga diri kerana dia sentiasa merasakan dirinya hebat walaupun sebenarnya terlalu banyak kekurangan.

Perlu kamu tahu: Kamu akan ada masalah untuk keluar dengan
teman-temanmu kerana sidia akan
menghabiskan sepanjang hari itu hanya bercerita
tentang kelebihan yang ada pada dirinya.


3) Mungkir Janji
Orang yang egois ini tidak pernah rasa bersalah walaupun dia melakukan kesalahan.Oleh kerana itulah dia bukan seorang perancang yang baik.Pandai membuat janji untuk makan malam tetapi bila tiba waktunya tanpa sebarang mesej dia tidak hadir pun di tempat yang dijanjikan.

Perlu kamu tahu: Si egois bukan sahaja tidak akan rasa bersalah
dan minta maaf apabila melakukan kesalahan
malah si dia juga akan bersikap seperti tidak ada
apa yang berlaku.


4) Tidak Menghormati Hak Orang
Satu hal yg pasti si egois punya satu sifat di mana suka bertindak di luar batasan sehingga ada kalanya seperti tidak menghormati hak orang.Prinsipnya barang kamu barangnya juga tetapi barang si dia jangan harap akan berkongsi denganmu.

Perlu kamu tahu: Jangan pelik andai tiba-tiba si dia membuka tas
tangan kamu lalu mengambil telefon kamu dan
bergayut berjam-jam.Apabila ditanya jawapan
yang diberikan adalah menelefon ibunya tetapi
sebenarnya menelefon teman-temannya.


5) Panas Baran
Mereka seorang yang panas baran.Jangan ada yang cuba menguji kemarahannya si dia pasti akan bertindak agresif.Tambahan lagi andai kamu cuba membelakangkan si dia misalnya keluar tanpa pengetahuannya ataupun menghubungi lelaki lain.Pasti si dia akan mengamuk.

Perlu kamu tahu: Si egois tidak suka berkomitmen dan mereka
mudah bosan tambahan lagi apabila dapat apa
yang mereka mahukan.Namun dalam bercinta si
dia sangat-sangat menjaga percintaannya
sehinggakan kamu tidak boleh keluar dengan
sesiapapun termasuk temanmu sendiri.


6) Pakar Merayu
Lelaki yang egois ini sememangnya sangat pintar dalam berkata-kata.Ayatnya bukan sahaja berbunga-bunga malah si dia juga mampu menghafal kata-kata indah dari pujangga terkenal seperti Shakespears.Si egois sentiasa mahu tunjukkan dia adalah terbaik dan sempurna.

Perlu kamu tahu: Tidak mustahil si dia akan datang semula ke
rumah kamu pada pukul 2.00 pagi semata-mata
mahu mengatakan dia terlalu rindukan dan tidak
lena tidur ingatkan kamu.Hati-hati ya! dengan
taktik ini.


7) Melanggar Etika
Jangan terkejut andai lelaki yang kamu cintai mempunyai sifat buruk iaitu suka melanggar norma atau aturan.Apabila dalam keadaan terdesak dan mahu apa-apa untuk meminta jangan harap akibatnya sanggup mencuri.Kemudian apabila marah mengamuk dan merosakkan barang-barang di sekeliling.Itulah sifat si egois yang paling buruk dan sukar dikikis.

Perlu kamu tahu: Andai si dia menunjukkan ciri-ciri suka
mengamuk tidak bertempat dan bergaya ala orang
kaya sedangkan gajinya tidaklah sebesar
mana.Sebaiknya kamu berhati-hatilah kerana si
dia sudah jelas adalah golongan si lelaki egois
yang sukar untuk dijinakkan.


8) Materialistik

Materialistik atau lebih tepat lagi mata duitan adalah ciri-ciri yang ada pada semua si egois.Hanya tahu mementingkan imej dan sentiasa akan memuaskan diri sendiri.Namun yang menjadi mangsa adalah kamu kerana si dia akan membeli apa sahaja yang disukainya menggunakan wang kamu.

Perlu kamu tahu: Bukan hanya wang kamu sahaja yang berani si
dia gunakan tetapi kad kredit kamu juga
tidak mustahil akan turut di belanjakan
tanpa ada rasa bersalah pun dengan kamu.

No comments:

Post a Comment