Sunday, December 27, 2009

Ambil Kesempatan

Selepas kisah perempuan yg terbabit dlm kemalangan tadi, aku alih ke setesen radio lain. Boring on the way ke opis. Tukar channel, cari halwa telinga yg best sikit.

Aku terdengar pulak satu kisah seorang pemanggil yang mengatakan lebih kurang kisahnya yang baru-baru ni dengan seorang bekas tunang yang membuat tuntutan RM 1 juta. Pemanggil itu bercerita:

"Aku seorang married personla...Ada satu ketika tu aku ada masalah dengan pasangan aku. Rupanya dalam aku ada masalah tu, ada seorang perempuan ni mengambil kesempatan. Dia berbaik dengan aku then hinggalah aku boleh sanggup berpisah dengan pasangan aku untuk ikut dia. Bila aku dah buat itu semua, last-last dia cabut.

Sekarang aku sedar...dan kalau boleh aku hendak bersama pasangan aku semula tambahan lagi kami mempunyai seorang cahayamata...."

Baguslah...pendapat aku, yang sudah biarkan berlalu..tak berguna hendak disesalkan yg telah berlaku, cuma janganlah dipanjangkan lagi sesal dengan terus dibuat kesilapan atau tidak bertindak segera memperbetulkan kesilapan atau tidak insaf langsung...itu lebih merugi dan menyedihkan...

Dan, bagi aku....buat apalah bermati-matian melimpahkan segala kekayaan pada pasangan yg belum sah dan jauh sekali yg tidak sah bagi kita...pabila sah di sisi agama, limpahkan lah segala-galanya pada dia kerana dia adalah sememangnya milik penuh kita. Yang penting bukan wang ringgit, pangkat atau darjat yg utama...tetapi kayakanlah dengan ilmu agama, kasih sayang dan cinta dalam keluarga...

Jika mampu ditawarkan kebendaan, jangan lah berbuat demikian kerana dibimbangi akan datang riak dan tidak bersyukur ....Jika mampu menerima kebendaan, janganlah berbuat demikian kerana gusar akan termakan budi dan harta...

Bersederhanalah .....dan penuhkan lah iman di dada...

No comments:

Post a Comment