Bercinta sudah lama
Berkasih dan bermesra
Sedang enak membuai rasa
Perpisahan tercipta
Mengapa sementara
Cerahnya cinta kita
Mendung tiba tiada ku pinta
Gelapnya suasana
Walaupun hatiku
Amat berat melepasmu
Dan rintangan mendatang sayang
Terpaksa kuleraikan
Seandainya...
Kita harungi jua
Kelak punah semua sayang
Mimpi yang kau harapkan
Ku pasti kau kembali
Menyatu dua hati
Lebih elok cari pengganti
Tiada kau menyendiri
Tak guna disesalkan
Hakikat percintaan
Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan...
~ Khatijah Ibrahim , Ku Pendam Sebuah Duka
Bait lagu ini seakan serasi dengan diri aku sekarang...
InsyaAllah, aku perlu berazam kuat utk lupakan DIA. Aku tidak seharusnya membiarkan diri aku dibelenggu memori lalu yang tidak berpenghujung..Aku perlu teruskan kehidupan aku dan hargai setiap orang yang menghargai aku. Lagipun aku punya insan kecil,SINAR, yang memerlukan kasih sayang dan cinta aku.
Pada SINARlah aku akan curahkan CINTA dan SAYANG aku. Aku doakan kehidupannya akan
sentiasa CERAH. Biarlah kisah aku menjadi TELADAN dan PENGALAMAN BERHARGA dalam aku membesarkan SINAR.
Pernah aku dengar, "CINTAI LAH insan yang MENCINTAI kita kerana itu LEBIH MEMBAHAGIAKAN"
Kerana itulah aku HARUS mula LUPAKAN DIA, kerana SEGALA PERHATIAN AKU, KASIH AKU, SAYANG AKU, CINTA AKU..hanyalah MILIK insan yang mengerti untuk memberi aku KASIH, SAYANG dan CINTAnya pada AKU...
SELAMAT TINGGAL DIA....untuk SELAMA-LAMANYA, cuma aku hanya menunggu waktu sehingga ikatan ini secara tempoh RASMInya berakhir kerana sebelum itu aku masih milik DIA..aku akan cuba buat yang terbaik utk menjaga perasaan DIA kerana walaupun aku tahu IKATAN aku dan DIA hanya menanti TEMPOH tersebut, ini kerana, aku tidak mahu penyesalan timbul di kemudian hari...selagi SISA masa terakhir kini masih ada, aku cuba manfaatkan...biarlah, sekurangnya utk kali yang paling akhir ini sahaja..
Selepas itu, aku akan JAUHKAN DIRI dan MELUPAKAN DIA...serta
" Tak guna disesalkan, Hakikat percintaan, Mungkin terpendam kenikmatan
Sebalik perpisahan..."
InsyaAllah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment