Wednesday, December 16, 2009

Insafkan aku ...Jangan biarkan aku leka

Dalam minggu baru ni, aku menerima berita kematian salah seorang ahli keluarga terdekat aku.
Alhamdulillah, aku berkesempatan menziarah dan menatap wajah utk kali terakhir arwah...sayu dan hiba hati aku. Aku mula ingat kembali 'bilakah waktu terakhir aku melihat arwah sebelum ni?...di manakah pada ketika itu?...adakah aku sempat memohon maaf drp arwah?.. bagaimana layanan aku kepadanya utk kali terakhir berjumpa pada ketika itu?..." dan pelbagai menerpa benak walaupun aku sedar, sebarang sesalan tidak berguna lagi... Lumrah, itulah lumrah, yang hidup akan menghembuskan nafas terakhir, cuma kita sahaja tidak ketahui bilakah masa itu akan tiba...hanya Maha Pencipta akan kita kembali...

"Ya Allah...Sentiasa rahmatkan aku dgn keinsafan setiap hari supaya aku tidak leka dengan dunia ini.."

Suasana di rumah arwah pada hari tersebut membuat aku ingin mencari fahaman mengenai sebaik-baik adab kita semasa menziarah...tidak kira menziarah orang sakit, meninggal dan saudara mara...

Kerana aku mahu dan hendak mencuba mengamalkan yang mana sebaik-baik dituntut dalam harian hidup aku sebagai manusia yang serba kurang sempurna ini.

No comments:

Post a Comment