Sunday, May 2, 2010

CINTAILAH ISTERI

Mencintai isteri adalah sunnah Rasulullah s.a.w. yang wajar diikuti oleh semua para suami yang beriman. Isteri adalah anugerah yang istimewa daripada Allah kepada seorang suami untuk dipelihara dengan baik sebagaimana sang suami memelihara dirinya sendiri.

Firman Allah yang bermaksud: “Isteri-isteri kamu adalah pakaian kamu, dan kamu pula adalah pakaian mereka”. Pakaian merujuk kepada maruah dan perlindungan. Ianya juga bersifat kebanggaan dan kemegahan. Pakaian juga memperlihatkan kecantikan dan kemuliaan. Bukan sahaja isteri merupakan pakaian ianya juga diibaratkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ladang yang akan tumbuh padanya segala tanaman-tanaman mengikut benih yang ditaburkan. Sekiranya baik benih yang ditaburkan maka baiklah hasilnya.

Rasulullah s.a.w. adalah contoh yang terbaik untuk menunjukkan rasa sayang kepada isteri yang berkongsi kehidupan dengan kita. Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa orang yang paling terbaik di kalangan kamu ialah orang yang baik tingkahlakunya bersama isterinya. Antara perkara yang paling mudah untuk dilakukan oleh suami ialah dengan memanggil isteri dengan nama yang paling baik dan menghadiahkan senyuman setiap kali menatap wajah isteri yang tercinta. Menyedihkan kadangkala kita lebih bahagia senyum kepada perempuan lain daripada isteri sendiri. Maka mudahlah rumah tangga itu bergoyang.

Fikirkanlah!

Sumber : http://www.tranungkite.net, Oleh: Yang Berbahagia Ustaz Mat Esa Bin Deraman