Wednesday, December 30, 2009

Tanpa...

Persediaan melayari alam rumah tangga

Bagi aku banyak lagi, tapi ni adalah di antaranya...yang penting sentiasalah cukupkan ilmu di dada...

SEBELUM membuat keputusan berumah tangga, setiap pasangan perlu menyelidiki dan menggariskan beberapa tugas yang perlu dipenuhi bagi menjamin kesejahteraan serta keharmonian rumah tangga agar terus subur.

Antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi suami ke atas isteri dan anak-anak mereka termasuk:


1. Menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada isteri dan anak.
2. Memberi nafkah batin termasuk bergaul dengan isteri secara baik.
3. Melindungi isteri dan anak-anak berkenaan dari segi keselamatan dan kesihatan mereka.
4. Melindungi maruah dan harta benda keluarga.
5. Membimbing isteri dengan ajaran Islam dalam mendapat keredaan Allah s.w.t
6. Mendidik anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna.
7. Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah yang menimpa keluarga dan jiran tetangga.

Tugas dan tanggungjawab isteri juga penting bagi mengekalkan hubungan yang dibina. Antara peranan dan tanggungjawab isteri :

1. Isteri perlu menjaga kehormatan diri mereka terutama apabila suami tiada di rumah.
2. Patuh terhadap arahan suami selagi ia bukan arahan untuk melakukan maksiat.
3. Memberikan kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
4. Menjaga kebersihan rumah dan kesihatan diri dan anak-anak.
5. Menyimpan rahsia pergaulan dengan suami.
6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin atau pengetahuan suami.
7. Berhias serta menjaga kesopanan buat tatapan suami dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di khalayak ramai.

~ Sumber http://www.hmetro.com.my

Selamat Datang 2010

Pejam celik sudah di penghujung tahun 2009...esok sudah 1 Januari 2010. Terlalu banyak peristiwa telah dititip dan tertitip di sepanjang 2009 aku. Penuh bersejarah, penuh mencabar, penuh dugaan, penuh kejutan..yang mungkin takkan aku lupakan selagi nyawa dikandung badan...

Saat suka duka 2009 akan aku simpan sebaiknya. Walaupun apa yang telah berlalu tidak bermakna tiada sebarang nilai atau erti. Jauh sekali utk aku sesalkan bagi yang pahit dan tidak terlaksana sebagaimana kehendak aku. Dan aku akan cuba sentiasa ingatkan diri aku jangan di'anaktiri'kan saat tersebut bahkan saat itulah 'cikgu terbaik' aku untuk aku sandarkan pada masa hadapan...tidak ternilai...kerana aku berjaya lalui pengalaman-pengalaman 2009, alhamdulillah syukur, memandangkan aku masih mampu berdiri hingga hari ini.

Walau aku pernah jatuh, merangkak...aku terpaksa kuatkan diri aku....utk berdiri dengan apa cara daya sekalipun. Terima kasih aku ucapkan utk mana-mana yang hadir samada individu, perkara, barang kerana aku hargai semuanya.

Aku harapkan dan doakan 2010 aku akan lebih berseri dan lebih bermakna dalam hidup aku...

Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam 
- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
 
 Selamat Tinggal 2009.....Terima Kasih kerana sudi menemani aku selama ini...
Selamat Datang 2010......Terima Kasih kerana sudi menemani aku untuk perjalanan seterusnya...
InsyaAllah... 

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW,
beserta para keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai
dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya. Amin yaa rabbal ‘alamin."

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.
Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.Amin yaa rabbal ‘alamin"



Monday, December 28, 2009

Kisah Isteri Mithali

"Aduh...sakitnyer...isk...aduuh...Bang sakitnye tak tahan saya", keluh Ina pada suaminya Zakri. 

"Apelah awak nie...lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat, itulah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu", rungut Zakri pd Ina. 
Ina hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Ina dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Ina bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena di hati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Ina dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Ina hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas di pipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. 
Doktor Johari menyuruh Ina meneran. "Come on Ina u can do it...once more...". Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Ina bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy", kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu. Tiba-tiba Ina terasa sakit lagi dan Ina meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Ina u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia", kata Doktor Johari memuji Ina. 
"Tahniah Zakri, it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Ina namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.
Ina berasa lega...tapi Ina masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Ina selalu kecil hati. Tapi Ina tahankan sahaja. Ina tahu kalau Ina mengadu pada emak, Ina akan dimarahi semula. Jadi Ina hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Ina berehat kemudian dapatlah Ina menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Ina. 
Ina termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Ina mengandungkan kandungannya. Zakri selalu memarahi Ina, ada sahaja yang tidak kena. Kata Ina yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Ina. Tak sanggup Ina hadapi semua itu tapi demi kandungannya. Ina kuatkan semangat dan pendirian Ina. 
Ingat lagi waktu Ina mula mengandung Zakri tak percaya Ina mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Ina mengandung. Zakri ragu anak dalam kandungan Ina. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung...Ina dah 2 bulan...Ina cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Ina tak tau nak cakap apa. Ina balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Ina gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Ina bangga Ina dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Ina dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Ina. 
"Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Ina sahaja. Nape Bang?", soal Ina pada Zakri. 
"Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak", Zakri menempelak Ina. 
"Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu", sergah Zakri lagi. 
"Abg syak Ina ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan- bukan, Inakan isteri Abang yang sah takkan Ina nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang?", terang Ina pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal, tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH", Ina senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Ina dengan kasar sehingga Ina hampir tersungkur. 
Ina menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Ina semakin laju. Ina hanya mampu menangis. Terasa dada Ina sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. 
"Woi, benda-benda tu bole terjadilah Ina, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu", marah Zakri. 
"Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni", kutuk Zakri lagi pada Ina.
"Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni, saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri", kata Ina pada Zakri. 
"Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya ke dunia", ucap Ina sambil menangis. 
Semenjak kejadian itu Ina terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Ina berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zakri shif malam terpaksalah Ina menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Ina terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Ina buat overtime di pejabat. Ina terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Ina gagahkan juga. 
Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Ina di tempat kerja terpaksalah Ina menaiki bas. Begitulah Ina sehinggalah Ina hampir pada waktu bersalin Ina. Kalau diminta jemput...macam-macam kata kesat dilemparkan pada Ina, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kayalah. 
Pernah suatu hari Ina naik marah kerana Zakri jemput Ina lambat sampai sakit pinggang Ina menunggunya. Ina menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Ina macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Ina. Ina tambah sedih mengenangkan diri Ina, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Ina balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Ina sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Ina...dalam keadaan yang begitu Ina masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. 
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Ina dan menghantukkan kepala Ina ke dinding...Ina hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Ina anak pergi ke rumah Mak Usu Ina yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Ina dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Ina mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya.
"Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan", kata Ina pada Zakri.
Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti", desak Ina lagi. 
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Ina. 
"Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker, suka hati akulah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker", marah Zakri. 
"Itu Ina tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Ina cuma nak ingatkan Abang saja", Ina memberitahu Zakri. 
Zakri datang pada Ina dan direntapnya rambut Ina dan dihantukkannya kepala Ina ke dinding. Ina tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Ina dan mula membengkak. Pening kepala Ina dibuatnya.
"YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH", doa Ina dalam hatinya. 
Ina memencilkan diri Ina di sudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Ina rasa kepala Ina macam nak pecah. Kebas masih lagi dan membengkak...berdenyut2...
"Bang, Ina minta maaf jika Ina membuat Abang marah", Ina memohon maaf pada Zakri sambil teresak- esak. 
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. 
"Sapa plak nie sebok je....", Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. 
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie?" sindir Azlan, kawan pejabat Zakri.
"Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha", gelak Zakri dan kawan-kawan lain. 
Azlan cuma berdiam diri. 
"Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia", cetus hati Azlan. 
"Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka di hujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit", Azlan mengingatkan Zakri.
"Iyelah, Lan, lagipun Ina dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi", jawab Zakri selamba. 
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti", kata Azlan lagi. 
Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. 
"Hello Zakri speaking", jawab Zakri. 
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Ina, datang segera ke hospital ye Zakri, Ina tidak sedarkan diri...",panggilan kecemasan dari Doktor Johari. 
"Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang"...tuttttttt. 
Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau ikut aku, Ina tak sedar diri ...", ajak Zakri pada Lan. 
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat", tanya Lan pada Zakri. 
"Alah jom ler cepat", desak Zakri. 
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Ina, Ina mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Ina jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?" tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. 
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Ina dan menghantukkan kepala Ina kedinding sekuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Ina ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Ina sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Ina....baginya Ina mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.....Zakri hanya diam....
"YA ALLAH apa aku dah buat", rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil...
"Doktor Zainal yang merawat Ina kerana Ina mengadu sakit kepala sewaktu Ina memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Ina ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah di tahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Ina tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Ina telah pergi dulu dengan tenang. Permintaan terakhir Ina, Ina minta kau membaca diarinya. 
I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya", kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru. 
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Ina, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Ina dan peristiwa yang berlaku pada Ina pada setiap hari, Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan, kesakitan segala luahan rasa Ina semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Ina...
"YA ALLAH kenapa aku buat Ina begini", terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Ina. 
Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya... 
Untuk suami Ina yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA". 
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ina sewaktu mula mengenali Abang. Lama Ina simpan bunga tu Bang...
Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Ina dengan Abang. Ina benar- benar menyayangi Abang. Ina menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Ina. Abang tak pernah tahu kan...Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ina...Terlebih dahulu Ina ingin sangat dengar Abang panggil Ina AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Ina AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Ina cam tu...walaupun Ina dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ina lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Ina? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Ina pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Ina hadiahkan Abang...Danial dan Dania. Untuk Ina tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Ina inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Ina. Ina akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ina. Ina pergi untuk menemui-NYA. Ia harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ina dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Ina tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Ina ingin mengatakan bahawa Ina tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Ina. Jiwa dan raga Ina hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Ina walaupun Ina ni cuma menumpang kasih di sebuah keluarga yang menjaga Ina dari kecil hinggalah Ina bertemu dengan Abang dan berkahwin. Ina harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Ina tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ina yang malang kerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Ina...tapi Ina bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Ina harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ina ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Ina tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Ina. Berjanji pada Ina dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Ina dan halalkan segala makan minum Ina selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Ina supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Ina dah buat nama emak untuk KWSP Ina. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang- kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada In nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang...Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ina yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Ina...Ibunya...sejuk perut Ina mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Ina untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Ina sudah tiada disisi Abang dan kembar kita. Wassalam. Salam terakhir dari Ina Untuk Abang dan semua. Doakan Ina.
Ikhlas dari Nur Ina 
"Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania", pujuk Azlan.
Zakri hanya tunduk membisu. "YA ALLAH, Ina maafkan Abg Ina." Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar di hari pernikahan antara Zakri dan Ina jatuh di kakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis 
"HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT INA DAN SEKELUARGA. INA DI SAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI INA DAN KELUARGA INA HINGGA KE AKHIR HAYAT INA. 
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Ina seperti terakam dalam kotak otaknya... setiap perbuatannya... seperti wayang jelas terpampang... kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ina, Ina, Ina maafkan Abang Ina. 
Sewaktu jenazah Ina tiba di rumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Ina yang begitu sedih atas pemergian Ina. Namun emak Ina begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya. Saat akhir untuk melihat Jenazah Ina, Zakri lihat muka Ina tenang bersih dan Zakri kucup dahi Ina buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Ina mengikuti wajah Zakri. 
"Ina Abang minta ampun dan maaf", bisik Zakri perlahan pada telinga Ina sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. 
Apabila Zakri meletakkan kembar di sisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Ina. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. 
Jenazah Ina dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Ina, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Ina yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Ina selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Ina yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan...
"YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Ina....ampunkan aku YA ALLAH" ...akhirnya Zakri terlelap di sisi pusara Ina .
Bermimpikan oleh Zakri, Ina datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Ina tenang dan jelas kegembiraan terpancar di muka Ina Putih bersih. Ina, Ina, Ina nak kemana Ina, Ina, Inaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. 
"YA ALLAH, Zakri, Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. 
Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. 
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah"... 
Emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Ina...

Buat Suami Isteri

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. 

Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. 
Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. 
"Mengapa?", dia bertanya dengan nada terkejut. 
"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan."  
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?"  
Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. 
"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?".
Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." 
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan... 
"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." 
Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki programtersebut."
"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat ditempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedaiyang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harusmembelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga ituuntuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikanoleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti." 
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. 
"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti."

"Tetapi,jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."
Saya terpegun.
Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya.
Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. 

Cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

Kisah Si Kucing

andaikan tahun 2007 adalah 2009...dan 2008 adalah 2010...untuk renungan kata-kata motivasi..selamat menonton...

Wanita Menangis Part 3 of 3

Wanita Menangis Part 2 of 3

Wanita Menangis Part 1 of 3

Petua Mencuci Hati (Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah)

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Ibu

Wanita yang paling baik dan paling tinggi kedudukannya adalah para Ibu. Hal ini disebabkan mereka memikul berbagai kesulitan dan kecapaian sebagai ibu. Allah menerangkan:



...وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
“Kami perintakan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandungnya sampai menyampihnya adalah tigapuluh bulan” (Surat Al-Ahqaf:15)

Iaitu mengandungnya di perutnya dalam bulan-bulan kehamilan dengan berbagai kesulitan, dan melahirkannya dengan penuh kesulitan pula. Maka dia mengalami kesusahan-kesusahan dalam kehamilan, sakitnya melahirkan, dan sulitnya menyusui serta menyapih. Firman Allah Ta’ala:


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ


“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua orang ibu bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku lah kembalimu” (Luqman:14.)

Kerana seorang ibu mengalami kepayahan melebihi apa yang dialami oleh seorang bapak, maka hak dan bagiannya terhadap anak lebih besar untuk diperlakukan secara baik oleh anak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu: Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam dan berkata: “Ya Rasulullah siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Beliau mengatakan: “Ibumu’ laki-laki itu berkata: “Kemudian siapa?” Beliau menjawab: ‘Ibumu” laki-laki itu berkata lagi “Setelah itu siapa?” Beliau berkata: “Ibumu” laki-laki itu bertanya lagi “Setelah itu siapa?” Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam menjawab: “Bapamu”.

Hadits ini bukan berarti mengecilkan kedudukan seorang ayah dan meremehkan hak-haknya karena hak ayah terhadap anak itu sangat agung dan besar. Tetapi Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam mendapati perempuan pada posisi yang lemah secara umum terlebih pada masa beliau dimana manusia hidup pada jaman jahiliyah dengan akhlak yang jelek dan perlakuan yang jelek terhadap perempuan. Maka beliau menganjurkan untuk birrul walidain (berbakti pada orang tua) khususnya ibu, supaya jangan sampai seorang anak meremehkan kedua orang tua untuk berbuat baik dan menunaikan hak-haknya dimana hak seorang ibu lebih besar terhadap hak-hak seorang bapak terhadapnya.

Allah telah mewajibkan kepada anak berbakti kepada orang tuanya dan menjanjikan pahala yang besar, dan mengharamkan durhaka pada orang tua atau salah satunya. Hal itu dianggap dosa besar. Banyak ayat dan hadits tentang permasalahan ini. Firman Allah Ta’ala:


وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا (23) وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا(24)


“Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkalah: ‘Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua mendidik aku diwaktu kecil” (Al Isra: 23-24)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amr bin As radhiallahu ‘anhu menyatakan: seorang laki-laki menghadap Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam dan berkata: “Aku berbaiat kepadamu untuk hijrah dan berjihad dengan mengharap pahala dari Allah Ta’ala”. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam berkata: “Apakah kamu memiliki salah satu dari orang tuamu yang masih hidup?” Laki-laki itu menjawab: “Ya, bahkan keduanya (masih hidup)”. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam bersabda: “Apakah kamu ingin mendapatkan pahala dari Allah?”. Laki-laki itu menjawab: “Ya”. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam berkata: “Kembalilah kamu kepada kedua orang tuamu dan perlakukan mereka dengan baik”.
Dalam riwayat lain “Pada kedua orang tuamu maka kamu berjihad”.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nufa’i bin Al-Harits menyatakan: bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam: “Maukah kalian aku beritahu tentang dosa besar yang paling besar?” Kami berkata,”Tentu, Ya! Rasulullah”. Beliau menyatakan:”Menyekutukan Allah, durhaka kepada orang tua”. Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassallaam yang semula bersandar kemudian duduk dan menyatakan: “Dan ucapan dusta dan sumpah palsu”. Rasulullah terus mengulang-ulang sampai kami berkata: “Seandainya beliau diam”.

Sifat-sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga?
Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan. 

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) 
 
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya.
Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.


Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.


~Keistimewaan Wanita~

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Sifat Penyayang Rasulullah S.A.W

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2)  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.  Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3)  Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

4)  Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya,  
"Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5)  Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami  memukul isterinya. Rasulullah menegur,  
"Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

6)  Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7)  Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"
Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada
umatnya?" "Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

8)  Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9)  Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10)  Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11)  Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12)  Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13)  Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,  
"Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG

Berbuat baik terhadap ibu bapa


Imam Ghazali telah menggariskan dua belas panduan

Mendengar kata mereka.
Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.
Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.
Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.
Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.
Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.
Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.
Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.
Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.
Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.
Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.
Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.

50 tanda-tanda orang MUNAFIK

1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.


5 Tanda Hati Keras

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut :

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Erti Keberkatan Hidup


Erti Keberkatan Hidup
Oleh: Ismail Abu Bakar

Saya telah beberapa kali mendengar Nasyid dari Kumpulan Rabbani dari Radio IKIM, tajuknya saya tak tahu tetapi saya hafal satu rangkap senikatanya yang sungguh memikat hati saya iaitu;

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan

Baru-baru ini saya mencari Nasyid ini dan akhirnya bertemu. Nasyid tersebut bertajuk “Impian Hamba” dari Album Bertajuk Qiblat oleh Kumpulan Rabbani. Bila membaca keseluruhan lirik nasyid ini saya sungguh tertarik untuk mengulasnya.

Lirik Nasyid ini adalah seperti berikut;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah….

(Anda boleh muat turun Nasyid ini dalam format RealMedia di sini)
(Nota Penting: Nasyid ini adalah Hakcipta Terpelihara Kumpulan Robbani & EMI Music, disiarkan disini sebagai contoh sahaja. Oleh itu belilah CD yang original Semoga Diberkati Oleh Allah SWT)



Kalau kita mendengar nasyid ini sambil menghayati senikatanya tentu kita akan dapat merasakan sesuatu keindahan jika sekiranya kita benar-benar memahami erti keberkatan hidup ini.

Bila di sebut perkataan “Berkat” seolah-olah sesuatu yang biasa sangat di dengari namun jika di tanya pada diri sendiri apa makna berkat kadangkala terpinga-pinga juga nak menjawabnya.

Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat tentang makna berkat ini, dia menjawab berkat ialah rahmat dari Allah. Saya bertanya lagi boleh bagi satu contoh, dia akhirnya merapu-rapu memberikan contoh yang tak ada kaitan langsung dengan soalan yang di tanya.

Sebenarnya banyak ‘alim ulama’ telah memberikan penjelasan tentang makna “Berkat” ini. Supaya senang di fahami berkat bermakna “Kebaikan yang Bertambah, Berterusan dan Berpanjangan”. Contoh yang paling mudah kita perhatikan firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 96 berikut;


Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Allah s.w.t. memberitahu kepada kita bahawa Baitullah (Masjidil Haram) itu adalah tempat yang berkat. Keberkatannya dapat dilihat dengan kebaikan yang semakin hari semakin bertambah dimana manusia mengunjunginya dari dahulu sejak zaman nabi Ibrahim a.s. sehingga kini kunjungan manusia sentiasa berterusan dan berpanjangan.

Kalau ditilik kepada kehidupan seharian kita bagaimana kita dapat melihat bahawa Allah telah mengurniakan keberkatan kepada kehidupan kita? Adakah yang dikurniakan kepada kita oleh Allah itu kebaikannya bertambah, Kebaikannya berpanjangan dan berterusan?

Kalau dilihat kepada keberkatan rezeki, Allah mengurniakan kepada seseorang itu harta benda. Semakin banyak harta bendanya maka semakin banyak dia membuat kebajikan, semakin bertambah takwa dia kepada Allah. Hidup dia dirahmati Allah dan dijauhi dari segala bala bencana di dunia dan azab di akhirat.

Kalau tiada keberkatan, walaupun harta bendanya semakin bertambah, hidupnya pasi tidak akan bahagia dan semakin jauh dia daripada mengingati Allah s.w.t.

Dengan sebab itu maksud keberkatan yang sebenar ialah bertambah kebaikannya dan ketaatannya kepada Allah s.w.t.

Saya ingin berkongsi tentang dua kisah benar yang saya sendiri melihatnya sebagai satu renungan mudah-mudahan senang kita nak fahami erti keberkatan ini.

Kisah-1
 
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Mari kita lihat satu persatu rangkap nasyid di atas;

Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Rangkap ini adalah satu doa, kita bermohon daripada Allah semoga diberikan keberkatan hidup yang berpanjangan. Iaitu hidup dengan Aman sentosa tidak di timpa dengan bala bencana seperti penyakit yang berbahaya, kesusahan berhutang, ramai musuh dan sebagainya. Dengan tidak ditimpa masalah yang berat, hati akan menjadi tenang dan akan seronok beramal ibadat mengingati Allah.

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Rangkap ini pula mengingatkan kita, supaya sedar bahawa apa yang kita miliki seperti Isteri, anak-anak, rumah, kereta dan sebagainya adalah milik Allah. Allah hanya memberi pinjaman sementara sahaja dan Allah boleh ambil balik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita perolehi adalah nikmat dari Allah dan hendaklah kita sentiasa bersyukur dengan pemberiannya. Sedikit pun kita tak patut berbangga dengan benda yang hanya dipinjamkan kepada kita.

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Inilah rangkap yang patut kita renungkan selalu dalam kehidupan kita. Biarlah pendapatan yang kita perolehi sedikit tetapi diberkati oleh Allah. Kisah-1 di atas telah memberikan contohnya. Kalau Allah memberikan keberkatan kepada rezeki yang kita perolehi maka indahnya nikmat hidup ini. Pasti kita tidak akan susah di dunia ini. Dan yang pastinya bila hidup di berkati Allah, balasan di akhirat adalah Syurga. Jadikanlah Kisah-1 ini sebagai suatu Teladan.

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Rangkap ini hendak mengingatkan kita supaya jangan lalai hidup di dunia ini. Kisah-2 di atas telah memberikan satu contoh manusia yang lalai dan jadikanlah ia sebagai suatu sempadan.

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Rangkap ini pula menyedarkan kita bahawa kehidupan ini adalah berputar seperti roda kadang kala kita dikurniakan kesenangan dan kadang kala diberikan kesusahan oleh Allah untuk menguji hamba yang taat kepadaNya. Bila diuji maka penawarnya adalah kesabaran.

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Rangkap ini pula ialah kita bermohon doa kepada Allah. Berdoa bukan hanya ketika kita ditimpa kesusahan sahaja. Berdoa’ hendaklah berterusan. Ketika kita senang berdoa’lah agar diberkati hidup dan dijauhkan dari bala bencana.

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung


Rangkap ini kita berdoa ketika ditimpa kesusahan. Bermohon supaya Allah memberikan pertolonganNya dan diselamatkan dari segala fitnah yang dihadapi. Bermohon semoga Allah memberikan kekuatan agar derita yang ditanggung dapat dihadapi dengan tabah.

Kasih Mu, Sayang Mu, Redha Mu,
Segalanya, Untuk Kami

Rangkap terakhir kita bermunajat dan bermohon agar Allah mengasihi, menyayangi dan meredai kita.

Kesimpulannya, apakah erti mendapat keberkatan hidup?

Banyak contoh tentang erti mendapat keberkatan hidup. Di antaranya adalah seperti berikut;

a. Diberikan oleh Allah harta benda, harta itu menambahkan ketaatan kepada Allah s.w.t
b. Diberikan oleh Allah isteri & anak-anak, mereka membawa kita lebih bertakwa kepada Allah s.w.t.
c. Dikurniakan oleh Allah Kesihatan yang berterusan dan berpanjangan.
d. Dikurniakan kebahagiaan, keamanan dan keharmonian yang berterusan dan berpanjangan.
e. Dihormati dan dikasihi dengan berpanjangan oleh ahli keluarga, guru-guru, kawan-kawan dan jiran tetangga.
f. Jika berhutang, hutang dapat dijelaskan dengan cepat dan tidak membebankan.
g. Segala ujian hidup dapat dihadapi dengan tabah dan kesabaran.
h. Akhir kehidupan dengan Husnul Khatimah iaitu meninggal dunia dalam ketaatan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Semoga ada manfaatnya artikel pendek ini.

Wallahhu ‘alam

~ Sumber : http://www.darussyifa.org